|
|
comments (0)
|
Oshima telah dijemput oleh Sek Keb Sek 9 Shah Alam untuk memberi tunjuk ajar cara-cara membuat sushi oleh pakar kami, Cik Hana dan Chef Koko.
Oshima mengenakan caj yang minimum untuk program-program sekolah kerana apa yang penting ialah kami dapat berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada.
Sebagai sumbangan kecil kami dalam perkembangan minda anak-anak harapan bangsa, kami berasa berbesar hati untuk terlibat dalam perkembangan kemahiran adik-adik sekalian.
Hubungi Oshima di talian 0123811365 (Ashraf) atau 0176619335 (Hanim) untuk tempahan kelas sushi di sekolah/organisasi anda!!!
|
|
comments (0)
|
In collaboration with Malaysian Red Crescent Society, O-Shima Restaurant will organize a Fund Raising Campaign for Thai Floods Victims from 22nd Nov to 4th Dec 2011. During campaign period, 8% from our sales will be channeled to Thai Floods Victims through Red Crescent. In addition Red Crescent will also open a booth to sell their charity merchandise. Come and support this activity, you can enjoy eating good Japanese foods, and 8% from your bill (no extra cost to you definitely) will go to the victims. If you don't want to eat, you can also donate to Red Crescent donation box directly. The donation box will be here for the whole campaign period. Help us by telling everyone on your friend list. Any inquiry you can call Mrs.Hanim at 0176619335. See you there. Join our Facebook event pagehttps://www.facebook.com/events/197141880364631/" target="_blank"> here.
https://www.facebook.com/events/197141880364631/" target="_blank"> oshima with date.jpg)
|
|
comments (0)
|
On 16th Oct 2011, we went out to do catering service for former Selangor State Government Exco Datok Abd Fatah Iskandar.
Enjoy the pictures we took. For more picture click here.
Take care guys..
* kami menyediakan perkhidmatan katering bagi segala jenis majlis keramaian seperti perkahwinan, family day, annual dinner, lunch meeting dll lagi. HUbungi kami segera. 0123811365



|
|
comments (0)
|
Salam Ramadhan,
Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah kita semua masih diberikan kekuatan oleh Allah SWT utk terus menjalani ibadah puasa pada tahun ini. 2 minggu terakhir Ramadhan pihak Oshima mengambil keputusan bercuti seketika dari operasi Oshima Cafe dan Oshima Chicken Hut kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf kepada pelanggan2 yang menelefon dan sms utk berbuka puasa di restoren kami. Terima kasih atas sokongan. InsyaAllah selepas Raya Aidilfitri, kami akan mula beroperasi seperti biasa.
Niat asalnya hendak meraikan tetamu2 istimewa kami dari Rumah Anak Yatim Almunirah, Johan Setia untuk berbuka puasa di Oshima Chicken Hut. Namun kerana cuti operasi tadi, terpaksalah kami tundakan hasrat buat seketika. Kerana teringin bersua muka dengan anak-anak dari Rumah Almunirah, petang tadi kami menziarahi mereka sambil membawa sedikit sumbangan yang tidak seberapa. Ketika pihak Oshima sampai, Pegawai Operasi Rumah Almunirah, Encik Jalil baru sahaja pulang ke rumah. Namun wakil pihak pentadbiran, Cik Faizah dengan ramahnya menyambut kedatangan kami. Setelah memberikan sedikit sumbangan, kami dibawa melawat Dewan Serbaguna yang baru siap dibina atas sumbangan orang ramai. Kemudian kami dibawa beramah mesra dengan anak-anak penghuni asrama Almunirah yang ketika itu sedang bersiap sedia untuk majlis berbuka puasa sumbangan Mc Donalds. Alhamdulillah hasil didikan agama pihak pengurusan Rumah Almunirah, anak-anak mereka terdidik dengan adab sopan dan ramah mesra semuanya.
Rumah Almunirah bergantung sepenuhnya atas ehsan sumbangan orang ramai. Mereka mempunya dewan yang agak luas untuk disewa utk aktiviti2 seprti majlis kenduri, reunion dan sebagainya. Selain itu, sebarang sumbangan makanan, pakaian, buku, alat tulis, perabot dan sebagainya amat dialu2kan.
Sila rujuk website http://almunirah.blogspot.com/ utk keterangan lanjut. Terima kasih atas sumbangan anda. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua!
|
|
comments (0)
|
Assalamualaikum dan apa khabar semua,
Dalam kesibukan penulis menyelesaikan urusan-urusan seharian, hati ini rasa terpanggil untuk mengulas isu semasa yang menjadi bualan rakyat Malaysia pada masa ini. Isu itu tak lain dan tak bukan, ialah "Di ambang kenaikan harga-harga barang". Sebagai rakyat biasa yang tiada berkepentingan politik atau peribadi, rasanya penulis layak mewakili isihati seluruh rakyat Malaysia tentang isu ini. Kerajaan setiap kali menaikkan harga barang (atau dipanggil rasionalisasi) akan menjelaskan bahawa harga barangan di Malaysia masih antara yang termurah di dunia. Benarkah, atas dasar atau kajian apa dakwaan itu dibuat? Adakah kita membandingkan "apple to apple"? atau pun sekadar berdasarkan tukaran wang asing? Harga petrol seliter sekarang ialah RM1.92 (lebih kurang USD0.65) , berapakah GDP (PPP-Purchasing Power Parity) Malaysia. Menurut sumber Bank Dunia, GDP(PPP) Malaysia ialah Int$14,000 sahaja. Kita bandingkan dengan harga petrol di USA, harga terkini purata ialah sekitar USD1.00,dan GDP (PPP) mereka ialah Int.$46,000. Cukup dengan memahami ini sahaja kita sudah tahu bahawa kita tidak mampu dengan harga minyak walaupun dengan harga sekarang ini. Yang menariknya Malaysia ialah negara pengeluar minyak mentah.
Yang penulis makin geli geleman ialah bila pak menteri suruh kita berjimat cermat lagi dan jangan berpeluk tubuh. Apa mereka fikir kita rakyat hanya tidur sahaja saban hari selama ini. Hendak kerja apa lagi sekiranya sekarangpun sudah kerja 12jam sehari, mana kualiti kehidupan kita sekiranya bekerja lebih dari itu. Apa kesinambungan bangsa kita sekiranya masa kita tidak dapat peruntukkan bagi menjamin kualiti anak-anak dan kasih sayang kepada mereka. Pusingan kehidupan yang susah, sudah tentu tidak dapat ditamatkan,dan ia akan berterusan selama-lamanya. Yang pasti mereka yang kaya akan terus kaya,dan yang susah akan terus susah sekiranya keadaan begini berterusan. Komen pak menteri lagi, kerajaan telah menyediakan banyak peluang-peluang dan bantuan kepada rakyat, gunakanlah. Ha ha ha, penulis tergelak sendiri mendengar cerita raja lawak tersebut. Terkenang permohonan bantuan pinjaman dari agensi-agensi kerajaan di tolak mentah mentah dek kerana karenah birokrasi. Ada yang ambil kesempatan lagi dari penulis, sangkanya semua orang telah "corrupted".
Yang paling penting sekali penulis nak tekankan disini, RAKYAT tidak kisah kalau kerajaan nak hapuskan subsidi kerajaan kepada rakyat, tetapi yang rakyat marah ialah kenapa RAKYAT pula yang harus memberi subsidi kepada kerajaan (baca: sesetengah puak dalam kerajaan)? Kalau memang benar harga petrol RON95 sudah begitu tinggi, harga Gas memasak sudah begitu tinggi,tidak mengapa apungkan lah, buang subsidi itu, alah bisa tegal biasa, biar "market power" yang menentukannya. Bukan kah itu adat dalam sistem jual beli? Biar 'consumer power' yang tentukan,mahal di sini, kita beli di sana. TETAPI, kenapa rakyat pula yang harus memberi subsidi kepada kerajaan??Mengapa kalau kerajaan boleh hapuskan subsidi, tidak pula dihapuskan "import tax" yang maha mahal untuk kereta luar?Sekiranya 'import tax"dan cukai-cukai lain yang maha mahal itu dikurangkan, tidakkah kita dapat membeli Toyota Camry pada harga RM75000 sahaja? Ianya dalam jangka masa panjang akan merendahkan kadar inflasi seterusnya meninggikan "purchasing power" rakyat Malaysia. Sekiranya ia benar terjadi, maka harga petrol RM2.50/lpun tidak mengapa. Mengapa cukai kan perkhidmatan (6% dan lain-lain), banyak lagi perkara-perkara yang rakyat pula beri subsidi kepada kerajaan. Penulis hanya rakyat yang naif, mereka yang menguruskan negara patut lebih tahu perkara ini. Yang MAHA penting ialah ketelusan,ketelusan dan ketelusan.Sekiranya telus, tiada siapa akan marah. Adakah pembaca akan marah sekiranya kena bayar RM5 untuk seketul ayam kampung goreng,sedangkan ayam ternak goreng hanya RM3seketul? Tentu tidak bukan? Kerana kita memang tahu ayam kampung harganya mahal. Lihat! sekiranya kita tahu kita tidak akan marah. Jadi, kata kuncinya ialah telus dan ikhlas. Semoga Allah akan merahmati negara Malaysia. Ingat yang maha berkuasa menentukan ialah Allah! Bukan Menteri bukan sesiapapun. Bila kita ingat hidup ini hanya sementara, diharapkan mereka-mereka yang di atas sana lebih ikhlas dan jujur dalam menguruskan harta amanah rakyat.
Terima Kasih
O-Shima Restaurant
|
|
comments (0)
|
Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Mengenang tragedi gempa bumi dan tsunami juga diikuti dengan letupan loji nuklear di Fukushima, saya berasa terpanggil untuk menulis. Apa yang ingin saya sentuh bukan berkenaan tragedi yang menyayat hati itu, tetapi tentang maju nya jiwa dan rohani masyarakat Jepun seiring dengan kemajuan teknologi dan ekonomi mereka.
Bayangkan, sejurus selepas gempa dan tsunami melanda, banyak kedai-kedai dan pasaraya ibarat dilanggar garuda. Ramai yang melarikan diri atau terkorban dalam bencana tersebut. Surut sahaja tsunami, walau terlopong kedai terbuka tanpa penjaga, TETAPI tiada seorang pun yang cuba panjang tangan untuk mengambil kesempatan dari ketiadaan penjaga kedai tersebut. Tidak berlaku kecurian di mana-mana pun. Masing-masing sibuk tolong menolong untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Bayangkan lah wahai pembaca! Itu lah namanya kemajuan. Bandingkan dengan kejadian beras tumpah dek kerana lori terbalik di Malaysia tempohari, si pemandu merayu, tolong lah kawan nya yang mungkin sudah terkorban itu dahulu, atau pun tolong lah saya yang cedera ini. Tidak diendahkan langsung, ibarat nyawa itu kurang harganya dari beras yang sudah bercampur pasir itu. Tiada siapa menolong si pemandu malang itu. Inikah kemajuan yang kita kecapi di Malaysia? Inikah hasil pendidikan kita melahirkan insan-insan bakal penaraju masa hadapan Malaysia. Bukan saya ingin menjatuhkan hukuman (generalized) kepada semua rakyat Malaysia, dengan mengatakan semua nya begitu, tetapi sedikit sebanyak umpama nila setitik rosak susu sebelanga. Apa pandangan masyarakat antarabangsa? Sudah tentu mereka mengatakan, Malaysia negara dunia ke-3, tidak berTAMADUN. Bayangkan, adakah Islam mengajar kita begitu? Boleh mencuri jika ada kesempatan?
Cuba dengar kisah satu lagi tentang masyarakat Jepun ini, teman saya yang bermastautin di Jepun bercerita, masyarakat Jepun panik dengan kejadian musibah berangkai-rangkai itu (Gempa, Tsunami, Nuklear, Terputus bekalan eletrik dan air dll) lalu mereka pun berduyun-duyun melakukan belian panik, sehingga habis segala-gala barang di pasaraya dan convinience store . Bayangkan, tiada seorang pun atau tiada mana-mana pihak pun yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Semua barang tetap sama, di mana sahaja dan kepada siapa sahaja yang membeli tanpa kira warna kulit atau pun faktor lain. Cuba kita renungkan sejenak, itu lah yang sepatutnya berlaku. Cuba kalau benda yang sama berlaku kepada kita di Malaysia, fuhh sana naik sini naik, dengan alasan bekalan tak mencukupi. Kenapa pula bekalan tak mencukupi harga jadi naik?? Bukankah itu waktu bencana? Bayangkan lah wahai pembaca. Bukankah kita rakyat Malaysia beragama Islam? Kita boleh mengatakan, "oh tak apalah, mereka (orang Jepun) kaya kaya belaka, tak heran tentang duit jadi tiada siapa yang ambil kesempatan" (Hakikatnya fakta itu salah pun, bukan semua orang Jepun kaya, banyak juga yang homeless, tiada kerja dan lain-lain lagi, tetapi tidak merubah prinsip hidup mereka). Sebenarnya pemikiran kita itu terbalik, kerana mereka tidak ambil kesempatan, tidak mencuri hak orang lain dan tidak memandang kebendaan lah yang membuatkan mereka menjadi maju (kaya bak kata orang kita).
Saya terfikir apakah Malaysia berkeMUNGKINAN untuk menjadi negara maju dengan erti kata maju yang sebenar. Kemajuan dalam erti kata yang hakiki ialah maju dari segi infrastruktur, ekonomi, mentaliti dan integriti bagi membentuk sesuatu bangsa menjadi satu bangsa yang berTAMADUN. Apa itu tamadun? Menurut dictionary.com tamadun atau civilisation bermaksud a human society that has highly developed material and spiritual resources and a complex cultural, political, and legal organization; an advanced state in social development (Sesebuah bangsa yang mempunyai bahan-bahan dan sumber kerohanian yang amat maju dan juga mempunyai budaya, politik dan organisasi legal yang kompleks; atau, sesuatu keadaan kemajuan dari segi pembangunan sosial). Nampak, disini Tamadun itu yang ditekankan ialah kerohanian, pembangunan sosial disamping kemajuan materiali.
Bolehkah kita ini dipanggil bangsa berTAMADUN jika sungai kita masih teramat kotor, kurang orang yang mahu menolong orang lain dikala kesusahan malah ambil kesempatan lagi, masih lagi suka mencarut guna kata-kata kotor dan nista bila mencaci orang (terutamanya dalam alam cyber), hanya mahu tandas bersih ketika mahu gunakannya sahaja,lepas guna tak peduli, conteng sana conteng sini, memandu dengan teruk sekali (pasal jalan raya ini harus tulis satu topik khusus) dan banyak contoh lagi.
Saya suka ambil kisah orang Jepun kerana, mereka ini lebih menjalankan ajaran-ajaran islam dari orang islam sendiri. Bersih (kebersihan sebahagian iman- Hadith), menghormati waktu (Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian - Surah AlAsr), tolong menolong, bertolak ansur, tidak makan rasuah, menepati janji, tidak menipu, tidak salah guna kuasa, amanah dan banyak lagi. Saya ungkapkan ini bukan dalam erti kata seorang dua sahaja orang Jepun yang begitu, malah bangsa Jepun dari segi keseluruhan bersikap yang sama.Walaupun bukan lah semua sikap bangsa Jepun itu baik (banyak juga yang buruk nya, mungkin mereka tiada agama untuk membimbing), tetapi alangkah baiknya jika kita sebagai orang islam yang lebih champion dalam menjalankan ajaran islam. Barulah kita dipandang berTAMADUN.
Tahukah pembaca sekalian! Buat pertama kalinya kontraktor pemungut sampah bekerja senang dan ringan sesudah sesuatu perlawanan bolasepak di stadium ialah sewaktu perlawanan menentukan slot ke Piala Dunia yang terakhir tahun 1998 antara Iran lwn Jepun yang dihadiri oleh 40000 orang penyokong pasukan Jepun. Bersih, tiada sampah yang nak dikutip. Mereka bawa pulang sampah mereka sendiri.
Bukankah Islam itu adalah TAMADUN yang begitu hebat sekali! Kenapa penganutnya masih tidak kelihatan seperti orang yang bertamadun, dimana salahnya? Bagaimana tingginya tamadun Islam sewaktu hidupnya rasulallah, sewaku zaman khalifa arrashidin. Bagaimana Saidina Umar r.a tidak memakan harta rakyat dan lain-lain lagi. Bilakah akan muncul kembali 'gah'nya tamadun Islam yang akan dipandang di mata dunia. Apa pandangan dunia terhadap islam sekarang? amat menyedihkan. Dunia memandang islam sebagai agama penaja keganasan, terrorisma, tiada kebebasan bersuara dan lain-lain lagi. Salah merekakah yang bukan beragama Islam memandang sebegitu? Mereka bukan beragama Islam, jadi tak salah mereka memandang sebegitu. Sebaliknya, ianya salah kita orang Islam sendiri yang menggambarkan Islam sebagai tidak bertamadun.
Seiji Maehara, Menteri Luar Jepun, meletak jawatan pada 7Mac 2011 yang lalu kerana merasa bertanggungjawab mengambil derma yang bernilai RM200. Bayangkan lah wahai pembaca sekalian.
Apa peranan kita sekarang? Fikir-fikirkanlah.
O-Shima Restaurant
p/s: Bukanlah orang yang jahat itu tidak sembahyang, TETAPI kerana dia tidak sembahyanglah maka dia jadi jahat. Tahukah pembaca ( ان الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر) (Surah Ankabut:45)
|
|
comments (0)
|

Sekolah Keb Sijangkang telah mengadakan aktiviti merentas desa pd 1 Feb 2011.
Utk memeriahkan acara, pihak Oshima Restaurant telah menyumbangkan sedikit air mineral utk dibahagi2kan kepada pelajar-pelajar Tahun 4,5 & 6 yang menyertai acara.
Majulah sukan untuk negara!
|
|
comments (2)
|
Alhamdulillah pada 1 Sept 2010 dengan izin Allah kami mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pelajar-pelajar kurang mampu dari Sek Keb Sijangkang di restoren Oshima Sek 26 Shah Alam.
Majlis cuma sederhana, dihadiri 13 pelajar yang terpilih serta 3 orang guru pengiring.
Alhamdulillah tidak terhingga kerana pihak sekolah sudi memenuhi permintaan kami walaupun majlis cuma kecil-kecilan.
Ampun maaf dipinta andaikata ada salah dan silap dari pihak Oshima Restoren.
Panjang umur insyaAllah kita bertemu lagi di tahun-tahun akan datang.
|
|
comments (0)
|
Kepada semua umat Islam, O-SHIMA Restaurant ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, semoga ibadah
puasa kita diterima Allah dan semoga amalan dibulan puasa kita menjadi asas hidup kita dibulan yang lain dalam setahun.
Kepada mereka yang berada di sekitar Seksyen 9, kami akan menjual di bazar ramadhan di depan Oasis 9, antara menu
yang sudah pasti ialah Unagi-don dan kuihraya.
Salam Ramadhan
|
|
comments (0)
|
Now our restaurant is equipped with a WiFi service. Anyone dine in O-Shima Restaurant can use WiFi free of charge.
This is our latest commitment to our customers. You can surf internet, do your office work, internet banking and anything you
like in our restaurant. Just tell our staff and they will happily assist you on the internet usage.
Surf n Eat @ O-shima Restaurant
Thanks all
Management,
O-Shima Restaurant